Saturday, July 24, 2021

Cinta Aku.

 Assalamualaikum....


Cinta itu satu perasaan yang indah. Perasaan bilamana kedua-dua pasangan saling sayang menyayangi, saling memahami dan saling melengkapi.. Semua orang inginkan cinta dalam kehidupan meraka. Namun, cinta melada manusia tiada yang kekal abadi, hanya cinta kepada sang Pencipta yang akan memuktamadkan kiss duka. 

Aku pernah mencintai dan dicintai. Aku ingin selalu dicintai. Tapi aku hanya manusia biasa yang tidak punya apa. Tiada kekuatan untuk memegang tangan yang bukan milik aku sahaja. 

Aku ingin sekali menggenggam erat tangan itu sehingga ke hujung nyawaku. Tapi apakan daya. Aku hanya ditakdirkan untuk merasai cinta sesama manusia itu untuk waktu yang cukup singkat. 

Sekelip mata aku kehilangan. Sekelip mata aku kesunyian yang teramat. Sekelip mata aku memusnahkan cinta itu. 

Aku ingin berpatah balik ke keadaan di mana cinta itu adalah satu satunya yang membuatkan aku mampu bernafas. Bisa kah aku merasa cinta itu lagi?

Aku terlalu buntu dan bingung untuk seketika. Aku tidak dapat mempertahankan cinta yang aku pegang selama ini. Aku gagal menyelamatkan hubungan yang suatu ketika dahulu pernah berjanji sehidup semati. 

Ke mana perginya cinta aku? 

Ke mana hilangnya cinta aku?

Apakah perasaan yang sedang aku rasai kini? Entah bagaimana aku akan melihat dunia selepas ini setelah perginya cinta aku... 

Adakah aku akan "survive"? 

Adakah aku akan bertemu cinta aku?

Cinta aku itu... Cinta yang menyeksakan. Cinta yang memusnahkan cinta lain. 

Ke mana harus aku pergi selepas ini? Kerana bayang cinta aku senantiasa mengekoriku. Adakah akan ada cinta aku semula?

Tuhan, bantu aku.